Kenali Penulis Buku Siri Teroka Sains

Dr. Wan Fahmi Dato’ Wan Mohamad Nazarie

Dr. Wan Fahmi Dato’ Wan Mohamad Nazarie beroleh ijazah doktor falsafah Ph.D. di dalam bidang Bioinfomatik dan Biologi Pengkomputeran dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada tahun 2017.

Beliau telah bergraduat bersama-sama isterinya, Dr. Nur Annies pada tahun yang sama. Beliau menjalankan pengajian dan penyelidikan dalam visualisasi RNA-penjujukan (RNA-seq) di The Roslin Institute, Easter Bush Campus. Dr. Wan Fahmi suka membaca fakta dan informasi berkaitan sains, teknologi dan sejarah. Seorang saintis yang bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Dr. Nur Annies Abd Hadi

merupakan graduan ijazah doktor falsafah Ph.D. di dalam bidang Epigenetik Bioperubatan dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada tahun 2017.
Beliau telah menjalankan pengajian dan penyelidikannya di The Queen’s Medical Research Institute. Dr. Nur Annies suka fakta dan informasi berkaitan kesihatan, sains dan transformasi diri. Beliau suka membaca buku dan ia adalah kelaziman bagi menambah ilmu pengetahuan yang tidak bertepian. Seorang saintis yang bercita-cita untuk memberi inspirasi kepada generasi muda.