Slide Cap jari koala hampir sama seperti cap jari manusia! Teroka Sains 2 Ikan lumba-lumba mampu kenal dengan kawannya walaupun terpisah lebih 20 tahun! Teroka Sains 2

Teroka Sains 1

MENEROKAI KEAJAIBAN ALAM CIPTAAN TUHAN

Buku Teroka Sains 1 hasil tulisan Dr. Wan Fahmi dan Dr. Nur Annies ini mengandungi 150 mukasurat bergambar dan berwarna. Pelbagai topik sains ditulis dengan gaya yang mudah, ringkas dan padat. Setiap fakta ditulis dengan cermat dan hemat kerana setiap fakta ada ceritanya.

Pembaca Teroka Sains dari anak sekecil 3 tahun sehingga dewasa bahkan datuk dan nenek membaca buku ini. Mereka sangat teruja dan tertarik untuk membaca buku ini kerana setiap fakta ada gambar yang memaparkan faktanya.

Teroka Sains 2

FAKTA PELIK, UNIK DAN KELAKAR HAIWAN

Buku Teroka Sains 2 mengandungi pelbagai fakta sains yang pelik, unik dan kelakar alam haiwan yang jarang dan tidak pernah anda dengar sebelum ini. Fakta yang ringkas, padat dan menarik menjadikan buku Teroka Sains 2 menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Terlalu banyak haiwan di atas muka Bumi yang kita tidak tahu akan kewujudannya dan mampu memberi satu kepuasan dalam membaca buku Teroka Sains 2 ini. Setiap muka surat ditulis dengan garapan yang sangat menarik supaya memberi pengalaman yang sangat berharga selepas membaca.

Teroka Sains 3

UNIKNYA AWAK

Selepas Teroka Sains 1 & Teroka Sains 2 mendapat permintaan yang sangat tinggi, penulis buku Dr. Wan Fahmi dan Dr. Nur Annies menghasilkan buku ketiga bagi siri Teroka Sains iaitu buku Teroka Sains 3: Uniknya awak yang memaparkan pelbagai fakta dan info sains yang menarik tentang diri kita seorang manusia.

Teroka Sains 4

RINDUNYA NAK TRAVEL

(SIRI TERBAHARU!) Teroka Sains 4: Rindunya Nak Travel membawa anda mengembara ke 74 buah negara & meneroka pelbagai rahsia alam ciptaan Tuhan yang sangat hebat! Pasti anda teruja kerana mungkin ada negara yang anda tidak tahu akan kewujudannya selama ini dan fakta alam yang anda tidak pernah dengar selama ini.

Terkini dari Blog Teroka Sains